Pages

Friday, May 20, 2011

Mutiara Kata

*    Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
*    Pilihlah seseorang untuk dicintai dan cintalah pilihan anda
     itu.

*    Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

*    Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

*    Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.

*    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
     musuhnya sendiri.

*    Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
     hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

*    Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
     lawan dan yang mana satu kawan.

*    Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
     menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi
     lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki
     sejati.

*    Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
     dikesani oleh orang lain.

*    Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak
     mengejar nama.

*    Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan
     mengalah.

*    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

*    Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
     sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

*    Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
     terhadap kesilapan mereka.

*    Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
     kapal yang besar.

*    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang
     baik.

*    Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
     beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
     seumur hidupnya.

*    Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.

*    Imaginasi menguasai dunia.

*    Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
     peluang untuk menjadi pandai.

*    Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung
     kepadanya.

*    Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda
     tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

*    Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang
     luas.

*    Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
     suara yang paling merdu di dunia.

*    Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
     orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
     kemiskinan mereka.

*    Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
     yang anda suka.

*    Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang
     mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

*    Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
     ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

*    Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
     dan lupakan masa silam

*    Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang
     bersabar

*    Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

*    Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan
     sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

*    Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
     matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari

*    Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
     yang anda dapat

*    Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan
     sekaligus

*    Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
     dimiliki

*    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
     masih mempunyai masa depan.

*    Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
     mengenal kemanisan

*    Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
     membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
     kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

*    Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
     ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
     dengan minatnya

*    Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat

*    Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah

*    Mimpi itu adalah perlu dalam hidup

*    Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh
     dimusnahkan

*    Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
     kemenangan terhadap orang lain.

0 comments:

Post a Comment