Pages

Saturday, May 21, 2011

Mutiara Kata II

*    Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar  
     tetapi tidak melakukannya  

*    Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya  

*    Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama  
     daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya  

*    Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan  

*    Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda  
     boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu  
     memikirkan masa depan anda  

*    Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting 
     bagaimana keadaan kita semasa hidup  

*    Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama  

*    Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda  
     perlindungan dengan tidak memusnahkannya  

*    Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi  
     alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah  
     hinaan kepada Allah.  

*    Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan  
     hari ini  

*    Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap 
     peluang  

*    Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca  

*    Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah 
     bahawa masa depan masih ada.  

*    Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak 
     pada diri manusia  

*    Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita  
     belum kecapi kejayaan yang orang lain capai  

*    Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang  
     yang gagal terus gagal  

*    Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan  
     dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas  
     apa yang berlaku  

*    Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada  
     yang berlidah manusia  

*    Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk  
     kita rasai nikmatnya.  

*    Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan  
     kegagalan  

*    Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula  
     jatuh ke bumi  

*    Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak  
     membuktikannya melalui perlaksanaan  

*    Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi  
     sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan  

*    Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah  
     bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau  

*    Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya 
     dirinya ditipu  

*    Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan  

*    Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai  
     hambanya  

*    Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama  

*    Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas  
     kemusnahan dan kematian  

*    Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita 
     dan kejayaan  

*    Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat  

*    Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya 
     kecacatan atau kekurangan  

*    Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya 
     terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri  

*    Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri  
     anda yang sebenar  

*    Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api  
     di dalamnya kita terbakar  

*    Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan 
     akan menamatkan manusia  

*    Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya  

*    Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya  

*    Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan  

*    Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah 
     daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri  

*    Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya 
     ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang 
     kita usahakan  

*    Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran  
     yang datang  

*    Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan 
     beroleh apa yang kita hajati  

*    Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit  

*    Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa  
     kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian  

0 comments:

Post a Comment