Pages

Monday, May 16, 2011

Kata-kata Hikmah

DAN AKU TIDAK CIPTAKAN MANUSIA DAN JIN
MELAINKAN UNTUK BERIBADAT KEPADAKU. AKU
 TIDAK HENDAK MEMINTA REZEKI DARIPADA
 MEREKA. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU PEMBERI REZEKI,
 KUAT DAN TEGUH.
 (MAKSUD SURAH ADZ DZAARIYAAT - AYAT 56 - 58)



AKAN KAMI PERLIHATKAN KEPADA MEREKA KELAK
 BUKTI-BUKTI KEBENARAN KAMI DI SEGENAP PENJURU -
 DUNIA - INI DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI
 SEHINGGA JELASLAH KEPADA MEREKA BAHAWA
 AL-QURAN ITU ADALAH BENAR.
 (MAKSUD SURAH FUSHSHILAT - AYAT 53)



HAI MANUSIA! SESUNGGUHNY KAMI JADIKAN DARI
 SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN. DAN KAMI JADIKAN
 KAMU BERBANGSA-BANGSA, SUPAYA KAMU SALING
 KENAL MENGENAL. SESUNGGUHNYA SEMULIA-MULIA
 KAMU DI SISI ALLAH IALAH YANG BERTAKWA. SESUNGGUHNYA
 ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENGENAL.
 (MAKSUD SURAH AL HUJURAAT - AYAT 13)



SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA
 ITU DALAM KEADAAN YANG PALING BAIK. KEMUDIAN
 KAMI KEMBALIKAN DIA DALAM DARJAT YANG PALING
 RENDAH KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN
 DAN BERAMAL SOLEH. MAKA BAGI MEREKA
 GANJARARAN YANG TIDAK TERHINGGA.
 (MAKSUD SURAH AT THIIN - AYAT 4 - 6)



MELAMPAU, MELAMPAU. TIDAK ADA KELEBIHAN
 KETURUNAN KULIT PUTIH DARI KETURUNAN
 KULIT HITAM KECUALI DENGAN AMAL YANG BAIK.
 (MAKSUD HADITH)



DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MULIAKAN
ANAK ADAM DAN TELAH KAMI TEMPATKAN MEREKA
DI DARAT DAN DI LAUT. DAN KAMI KURNIAKAN REZEKI
DARI BENDA YANG BAIK-BAIK KEPADA MEREKA.
 DAN TELAH KAMI LEBIHKAN MEREKA DENGAN
 SESUNGGUHNYA DARI KEBANYAKAN MAKHLUK
 YANG TELAH KAMI JADIKAN.
 (MAKSUD SURAH AL ISRAA' - AYAT 70)



KETAHUILAH BAHAWA SUNGGUHNYA WALI-WALI
 ALLAH ITU MEREKA TIDAK MERASAI TAKUT DAN
 TIDAK PULA MERASAI SUSAH. MEREKA ADALAH
 ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN
 SENTIASA BERTAKWA KEPADA ALLAH.
 (MAKSUD SURAH YUNUS - AYAT 62 - 63)



APABILA MANUSIA ITU DITIMPA BAHAYA DIA MENYERU
 KEPADA TUHANNYA, MAHU KEMBALI KEPADANYA.
 TETAPI APABILA TUHAN MEMBERI KURNIA
 KEPADANYA, LUPA APA YANG DIA SERU SEBELUM
 ITU, LALU DIJADIKAN BAGI ALLAH SEKUTU UNTUK
 MENYESATKAN ORANG LAIN DARI JALAN ALLAH.
 KATAKANLAH: BERGEMBIRALAH DENGAN KEKUFURAN
 KAMU ITU SEJENAK, SESUNGGUHNA KAMU DARI AHLI NERAKA.
 (MAKSUD SURAH AZ ZUMAR AYAT 8)



DAN APABILA KAMU DITIMPA BAHAYA DI LAUTAN,
 HILANGLAH DARI INGATAN KAMU APA YANG TELAH
 KAMU SEMBAH MELAINKAN ALLAH, TETAPI SETELAH
 KAMU DISELAMATKAN KE DARATAN TERUS KAMU
 BERPALING TADAH. DAN ADALAH MANUSIA ITU
 TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH.
 (MAKSUD SURAH AL ISRAA' - AYAT 67)



SEMUA KAMU ADALAH CUCU ADAM, ADAM
DIJADIKAN DARI TANAH.
 (MAKSUD HADITH)



SEKIRANYA ADA DI BUMI DAN DI LANGIT TUHAN
SELAIN ALLAH NESCAYA KEDUA-DUANYA AKAN BINASA.
 MAKA MAHA SUCI ALLAH YANG MEMPUNYAI
 `ARSY DARIPADA APA YANG MEREKA SIFATKAN.
 (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' - AYAT 22)



REBUTLAH LIMA MASA SEBELUM TIBA LIMA MASA,
 MASA MUDAMU SEBELUM TUA, MASA SIHATMU
 SEBELUM SAKIT, MASA KAYAMU SEBELUM
 FAKIR, MASA LAPANG SEBELUM SIBUK DAN
 MASA HIDUP SEBELUM MATI.
 (MAKSUD HADITH)



SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH
IALAH ISLAM.
 (MAKSUD SURAH ALI'MRAN - AYAT 19)



SESIAPA YANG MENCARI AGAMA SELAIN DARIPADA
 ISLAM, MAKA TIDAK DITERIMA DARIPADANYA
 DAN DIA DI AKHIRAT TERMASUK ORANG-ORANG
 YANG RUGI.
 (MAKSUD SURAH ALI'MRAN - AYAT 85)



HARI INI AKU SEMPURNAKAN BAGI KAMU AGAMA KAMU
 DAN TELAH AKU CUKUPKAN NIKMATKU DAN REDHA
 ISLAM MENJADI AGAMA KAMU.
 (MAKSUD SURAH AL-MAA-IDAH - AYAT 3)



TELAH LAHIR KERUSAKAN DI DARAT DAN DI LAUT
 DISEBABKAN KERANA PERBUATAN TANGAN MANUSIA
 SENDIRI SEHINGGA ALLAH MERASAKAN KEPADA
 MEREKA SEBAHAGIAN DARIPADA AKIBAT
 PERBUATAN MEREKA AGAR MEREKA
 KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.
  (MAKSUD SURAH AR RUUM - AYAT 41)



DAN MEREKA AKAN BERTANYA KEPADAMU
 HAKIKAT ROH, KATAKANLAH ROH ITU
 URUSAN TUHAN KU DAN KAMU TIDAK
 DIBERI PENGETAHUAN MELAINKAN SEDIKIT.
  (MAKSUD SURAH AL ISRAA' - AYAT 85)



 SESUNGGUHNYA KIAMAT PASTI AKAN BERLAKU,
 YANG AKU SENGAJA SEMBUNYIKAN MASA
 DATANGNYA SUPAYA SETIAP MANUSIA DIBALAS
 DENGAN APA DIUSAHAKAN.
  (MAKSUD SURAH THAAHAA - AYAT 15)



SESUNGGUHNYA KIAMAT ITU PASTI TERJADI, TIDAK
 ADA KERAGUAN PADANYA DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA
 ALLAH AKAN BANGKITKAN ORANG-ORANG YANG DI KUBUR.
   (MAKSUD SURAH AL-HAJJ - AYAT 7)



KATAKANLAH WAHAI MANUSIA BAHAWA SAYA
 ADALAH UTUSAN ALLAH KEPADA KAMU SEMUA YANG
 MEMILIKI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI, TIDAK
 ADA TUHAN SELAIN DARIPADA DIA YANG
 MENGHIDUP DAN MEMATIKAN. KERANA ITU BERIMANLAH
 DENGAN ALLAH DAN KITAB-KITABNYA DAN IKUTILAH
 DIA MUDAH-MUDAHAN KAMU BEROLEH PETUNJUK.
   (MAKSUD SURAH AL A'RAAF - AYAT 158)



SEGALA AMALAN ADALAH DENGAN NIAT DAN UNTUK
 SESEORANG ITU APA YANG DINIATKANNYA. SIAPA
 YANG BERHIJRAH KERANA ALLAH DAN RASULNYA.
 MAKA HIJRAHNYA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
 SIAPA YANG HIJRAH UNTUK MENDAPAT DUNIA
 ATAU MENGAHWINI PEREMPUAN, MAKA
 HIJRAHNYA JUGA SEMATA-MATA KEPADA
APA DIA BERHIJRAH.
   (MAKSUD HADITH)



SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI JIWA
 RAGA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN HARTA
 MEREKA DENGAN MEMBAYARNYA DENGAN SYURGA.
 MAKA BERSEDIALAH MEREKA ITU MATI DI MEDAN
 PERANG KERANA MEMPERTAHANKAN HAK
 ATAU KEBENARAN ALLAH SEBAGAIMANA YANG
 DIJANJI DI DALAM KITAB-KITAB TAURAT, INJIL DAN
 AL-QURAN. SIAPAKAH YANG LEBIH MENEPATI JANJI
 DARIPADA ALLAH. SEBAB ITU BERGEMBIRALAH
 DENGAN JUAL BELI YANG TELAH KAMU LAKUKAN ITU,
 DAN ITULAH KEJAYAAN YANG BESAR.
   (MAKSUD SURAH AT TAUBAH - AYAT 111)



DAN BELANJANJAKANLAH (HARTA BENDAMU)
 PADA JALAN ALLAH, DAN JANGAN JATUHKAN DIRIMU
 KE DALAM KEBINASAAN. DAN BERBUAT BAIKLAH
 KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI
 ORANG-ORANG YANG BERBUAT BAIK.
   (MAKSUD SURAH AL BAQARAH - AYAT 195)



DUA SUARA YANG DIKUTUK ALLAH DI DUNIA
 DAN DI AKHIRAT, IAITU BERNYANYI-NYANYI
 KETIKA MENDAPAT NIKMAT DAN MENJERIT-JERIT
 KETIKA MENDAPAT MAKSIAT.
   (MAKSUD HADITH)



BARANGSIAPA YANG KAFIR SESUDAH BERIMAN
 (TIDAK MENERIMA HUKUM-HUKUM ISLAM) MAKA
 HAPUS AMALANNYA DAN DI AKHIRAT NANTI
 DIA TERMASUK ORANG-ORANG YANG MERUGI.
   (MAKSUD SURAH AL MAA-IDAH - AYAT 5)



KAMI TELAH CIPTAKAN MANUSIA DAN KAMI
 TAHU APA YANG DIBISIKKAN HATINYA. KAMI
 LEBIH HAMPIR KEPADANYA DARI
 URAT LEHERNYA.
   (MAKSUD AYAT AL-QURAN)



DIMANA SAHAJA KAMU BERADA, KAMU TETAP AKAN
 DIDATANGI KEMATIAN WALAUPUN KAMU BERADA
 DI DALAM BENTENG YANG TINGGI LAGI KUKUH.
   (MAKSUD SURAH AN NISAA'AYAT 78)



BUDI PEKERTI YANG BAIK IALAH JIKA ENGKAU
 MEMAAFKAN ORANG YANG MENGANIAYAI ENGKAU.
   (MAKSUD HADITH)



HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, TAATILAH
ALLAH DAN TAATILAH RASULNYA DAN ULIL AMRI
DIANTARA KAMU. KEMUDIAN JIKA KAMU BERLAINAN
PENDAPAT TENTANG SESUATU, MAKA KEMBALIKANLAH
KEPADA ALLAH (AL-QURAN) DAN RASULNYA (SUNNAHNYA),
 JIKA KAMU BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN
 HARI KEMUDIAN. YANG DEMIKIAN ITU LEBIH UTAMA
 (BAGIMU) DAN LEBIH BAIK AKIBATNYA.
   (MAKSUD SURAH AN NISAA'AYAT 59)



 ORANG YANG TIDAK MAHU KAHWIN KERANA
 TAKUT MISKIN, BUKANLAH DARI UMATKU.
   (MAKSUD HADITH)



 YANG MEMBERI SYAFAAT PADA HARI KIAMAT
ADALAH TIGA GULUNGAN IAITU:
PARA NABI, PARA ULAMA' DAN PARA SYUHADA'
   (MAKSUD HADITH)



TELAH DEKAT KEPADA MANUSIA HARI MENGHISAB
 SEGALA AMALAN MEREKA, SEDABG MEREKA BERADA
 DALAM KELALAIAN LAGI BERPALING (DARIPADANYA).
   (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 1)



BERKATALAH MUHAMMAD (KEPADA MEREKA):
"TUHANKU MENGETAHUI SEMUA PERKATAAN DI LANGIT
 DAN DI BUMI DAN DIALAH YANG MAHA MENDENGAR
 LAGI MAHA MENGETAHUI".
   (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 4)



DAN TIDAKLAH KAMI JADIKAN MEREKA TUBUH-TUBUH
YANG TIADA MEMAKAN MAKANAN, DAN TIDAK (PULA)
MEREKA ITU ORANG-ORANG YANG KEKAL.
   (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 8)



SEBENARNYA KAMI MELONTARKAN YANG HAK
KEPADA YANG BATIL LALU YANG HAK ITU
MENGHANCURKANYA, MAKA DENGAN SERTA
MERTA YANG BATIL ITU LENYAP. DAN KECELAKAANLAH
BAGIMU DISEBABKAN KAMU MENSIFATI (ALLAH DENGAN
SIFAT-SIFAT YANG TIDAK LAYAK BAGINYA)
   (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 18)



DAN KEPUNYAANNYALAH SEGALA YANG DI LANGIT
 DAN DI BUMI. DAN MALAIKAT-MALAIKAT YANG DI SISINYA,
 MEREKA TIADA MEMPUNYAI RASA ANGKUH UNTUK
 MENYEMBAHNYA DAN TIADA (PULA) MERASA LETIH.
   (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 19)



 MEREKA SELALU BERTASBIH MALAM DAN SIANG
 TIADA HENTI-HENTINYA.
   (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 20)



 DAN KAMI TIDAK MENGUTUS SEORANG RASUL PUN
 SEBELUM KAMU, MELAINKAN KAMI WAHYUKAN
 KEPADANYA: "BAHAWASANYA TIDAK ADA TUHAN
 (YANG HAK) MELAINKAN AKU. MAKA SEMBAHLAH
 OLEHMU SEKALIAN AKAN AKU".
   (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 27)



KATAKANLAH: "HAI MANUSIA SESUNGGUHNYA AKU
 ADALAH UTUSAN ALLAH KEPADAMU SEMUA, IAITU
 ALLAH YANG MEMPUNYAI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI;
 TIDAK ADA TUHAN (YANG BERHAK DISEMBAH) SELAIN DIA
 YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN, MAKA BERIMANLAH
 KAMU KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, NABI YANG UMMI
 YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN KEPADA KALIMAT-
 KALIMATNYA (KITAB-KITABNYA) DAN IKUTILAH DIA,
 SUPAYA KAMU MENDAPAT PETUNJUK".
   (MAKSUD SURAH AL A'RAAF AYAT 158)



 DAN BARANGSIAPA DI ANTARA MEREKA MENGATAKAN
 "SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TUHAN SELAIN DARIPADA
 ALLAH". MAKA ORANG ITU KAMI BERI BALASAN DENGAN
 JAHANNAM, DEMIKIAN KAMI MEMBERIKAN PEMBALASAN
 KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM.
   (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 29)

0 comments:

Post a Comment