Pages

Sunday, May 15, 2011

Indahnya Cinta


Kata-kata dari Jalal Al-Din Al-Rumi

- Api cinta telah menjadi sejuk; betapa malangnya hal itu! Kini umat Islam tiada lagi, kecuali timbunan arang & batu.

- Cinta  kepada yang mati, tidak berkekalan. Tetapkanlah cinta kamu ke atas yang hidup yang menambahkan kehidupan rohani.

- Pilihlah cinta Ilahi yang hidup kekal abadi, yang mengurniakan minuman penambah hayat.

- Pilihlah cinta kepada Dia, cinta yang daripadanya para Anbiya’ peroleh kehebatan & kemuliaan.

Syarahan Syeikh Abd Al-Qadir Al-Jailani

“ Bangunan agama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. sedang diruntuhkan bata demi bata, & sekarang bangunan itu hampir binasa. Marilah wahai manusia, untuk mendirikan semula apa yang sudah runtuh & memulihkan apa yang sudah rosak ita perlu berusaha bersama-sama sehingga tugas ini selesai.”

“Islam sedang menitiskan air matanya. Tangisan kesedihannya disebabkan oleh para munafik & ahli bid’ah yang sedang memperdayakan orang ramai di sebalik tabir kesolehan, dengan mensabitkan perkara yang tiada kena mengenai dengan Islam.”

0 comments:

Post a Comment