Pages

Sunday, May 15, 2011

CINTA

Sebenarnya C.I.N.T.A. itu bermaksud

C=Cinta
I=Itu
N=Nafsu
T=Tanpa
A=Allah
Kerana itulah CINTA yang disandarkan mestilah disandarkan pada LILLAHI TAALA. CINTA yang dilafazkan bukan kerana Allah hanyalah lafaz yang tidak bermakna. Kasih, sayang, cinta, dan semua perasaan yang terbit dari hati semestinya dimangkinkan dengan lillah agar ia menjadi satu yang berbentuk ibadah umum. Sekiranya pelafaz itu melafaz kata CINTA dan tidak disandarkan dengan rahmat Allah maka cinta itu laksana mencurah minyak ke dalam api yang sedang menyala dan seterusnya akan memudaratkan manusia.

Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta, cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan Laila Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari.

Tapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah tapi tak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang kadangkala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada Allah? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja,ataupun sekadar mengeluarkan zakat atas desakan,
itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya?

Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.

Tanda-tanda cinta pada Allah:
1. Cinta pada kematian
2. Bermunajat kepada Allah
3. Sentiasa berzikir kepada Allah
4. Berjuang dijalan Allah
5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
7. Menundukkan nafsu
8. Menjalin kasih sayang sesama makluk
9. Takut berpaling daripada Allah.

apa yg saya nak bincangkan dan kongsikan, adalah hikmah cinta. cinta adalah dorongan dari perasaan sayang kita kepada Yang Maha Pencipta, apabila perassan ini timbul sudah tentu kita hendak melakukan yg terbaik untuk Allah. Pastinya pabila CINTA KERANA ALLAH, segala batas dan syariat dipenuhi. Bercinta itu tidak salah, tetapi apabila meletakan cinta itu ditempat yang salah adalah salah.

CINTAILAH KERANA ALLAH BUKAN PADA NAFSU
Sekadar luahan dari hamba yang hina yang sering alpa kepadaNYa

0 comments:

Post a Comment